Tuesday, September 20, 2011
Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?
Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?
To All Malaysians Out There!
Come Joining Us Now and Get Rewarded Easily! Believe Me "-"
To All Malaysians Out There!
Come Joining Us Now and Get Rewarded Easily! Believe Me "-"
Nasi Goreng Ikan Masin
NASI GORENG IKAN MASIN
Bahan-Bahan
- 2 mangkuk nasi putih
- 2 biji telur
- 4 ulas bawang merah ( ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 ketul ikan tenggiri jeruk/masam( atau ikan talang)
- 3 tangkai sayur kailan
- 2 biji cili merah ( ditumbuk)
- Sedikit garam
- Sedikit gula
Cara Masak
- Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah.
- Masukkan sedit garam dan gula
- Masukkan ikan tenggiri jeruk/masam dan hancurkan
- Masukkan kailan
- Masukkan nasi. Gaulkan rata-rata sehingga masak.
Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan
- 2 cawan nasi
- 10 ekor udang (dibuang kulit)
- 2 ketul isi ayam ( dipotong nipis)
- 1 cawan sayur-sayuran ( kacang peas,lobak merah,jagung)
- 3 biji telur ( dipukul )
- 3 biji cili merah (ditumbuk)
- 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 tangkai daun bawang(diracik)
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Panaskan minyak dan tumiskan cili merah, bawang putih dan bawang merah.
- Masukkan udang, isi ayam dan sayur. Biarkan selama 5 minit.
- Masukkan telur sambil dikacau.
- Masukkan nasi serta sedikit garam,gaul rata sehingga masak.
- Apabila masak,taburkan daun bawang dan angkat.
Monday, September 19, 2011
Pantang-larang Selepas Bersalin
- PEMAKANAN
- Elakkan/JANGAN
· Makanan/Minuman SEJUK.
· Minum dalam kuantiti yg byk
· Meninggikan suara / Menengking
· Tertekan / Stress
- Makanlah…
· Makanan/Minuman yang PANAS
· Minum ala kadar ( 1cawan bagi setiap 2 jam)
· Makan buah Oren(Sunkist) untuk mencuci darah nifas dalam rahim dan mengelakkan sembelit!
· Kunyit Hidup( yang fresh dari pasar)
· Halia
- RAWATAN TUBUH BADAN
· Pakai baju tangan panjang (nak elak angin masuk tubuh)
· Pakai sarung kaki (nak elak angin masuk tubuh)
· Mandi dengan campuran air panas yang telah dimasak dengan daun-daun khas ( cthnya: daun inai, serai wangi,pandan,dll)
· Sapukan minyak panas di bahagian pinggan,perut (terutama bahagian rahim)
· Berdiang : Meletakkan tungku yang panas ( berasap) di bahagian belakang badan (terutama di bahagian pinggang ) dalam posisi ibu sedang mengiring sebelah badan dan selimutkan dengan selimut tebal. Si ibu akan berpeluh dgn banyak sekali!Lakukan selepas mandi pagi dan malam ( antara pukul 8 malam – 10 malam)
· Bertungku : Lakukan setelah berdiang.
· Bertangas
P/s: Tubuh yang sentiasa panas dan berpeluh adalah tubuh yang terbaik dalam tempoh berpantang!
- ADAB DALAM BERPANTANG
· Berjalan dalam langkah yang kecil dan perlahan ( untuk mengelakkan jahitan luka terbertas!)
· Bangun dari posisi berbaring hendaklah dengan mengiring ke sebelah dahulu ( tujuan mengelakkan tekanan di bahagian perut yang akan menolak rahimturun ke bawah!)
· Banyakkan bergerak/berjalan bagi melancarkan darah nifas keluar.
· Bertutur dengan perlahan (volume normal jer),jangan meninggikan suara kerana iakan memberi tekanan pada bahagian rahim.
· Elakkan meniarap ( seperti membaca majalah)
·
Subscribe to:
Posts (Atom)